بسم الله الرحمن الرحيم
( DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG)
Dalam perjalanan hidup yang panjang yang entah bila dan di mana akan berakhir sering kali kita terjatuh bila tersepak, terluka dan terguris rasa. Adakalanya kita rasa terlalu sepi dan terpinggir. Terkadang kita rasa kita tidak dihargai setelah kita berusaha sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk seseorang yang kita rasakan sangat penting dan bermakna dalam hidup kita. Namun adakah kita dihargai ?
Adakalanya kita hanya dicari dan diingati bila khidmat dan bantuan kita diperlukan. Bila semuanya kita selesaikan kita dipinggirkan begitu sahaja. Kecewakah kita ? .Jawapannya pasti ya.
Dalam memburu kasih sayang manusia kita sering lupa bahawa semua itu tidak membawa apa-apa makna sebenarnya. Mengapa mesti kita buru kasih manusia yang tidak seberapa sedangkan ada kasih dan sayang dari Yang Maha Penyayang yang tidak terbatas buat kita.
Dia menyayangi kita tanpa batas dan syarat tanpa mengira apa balasan kita terhadapNya. Dia sentiasa ada disaat kita memerlukan. Dia sentiasa memberi segala yang kita perlukan.
Dalam tidur dan jaga kita, Dia sentiasa bersama. Jadi mengapa mesti kita mencari kasih manusia sedangkan kasih Dia yang abadi perlu kita kejari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan